Sunday, September 7, 2008

Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu


Setiap penduduk di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama. Namun, bagi rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan ia telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.


Berkaitan dengan persetujuan tersebut maka lahirlah Fasal 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan. Menerusi Perlembagaan ini juga Fasal 152 meletakkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa rasmi serta kerajaan Persekutuan dan negeri berhak memelihara dan memartabat bahasa tersebut. Manakala Perkara 121 (1A) pula meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara serta kedudukannya jelas dan bidang kuasa Mahkamah Syariah diperakui.

Hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh diketepikan malah ia akan berkekalan sebagaimana yang telah terkandung dalam Perlembagaan. Persetujuan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang diperoleh berdasarkan kepada kerukunan di antara kaum termasuklah orang bukan Melayu.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila.

1 comment:

Unknown said...

Salam, muizz untuk artikel yang akan datang, masukkan topik mengenai kepentingan institusi beraja di Malaysia. Pastu kedaulatan Agung dsbgnya...