Monday, September 8, 2008

Asal Usul Bangsa Melayu


  • Dipercayai berasal daripada golongan Austonesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai “Melayu Proto”, berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai “Melayu Deutro”, berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi, keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Mereka menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
  • “Melayu” merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia.

  • Hasil kajian Prof. Datuk dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman menurut Perlembagaan, Orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
  • Penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak. Hasil kajian pertama menemui 11 rangka manusia pra sejarah dipercayai dikebumikan ditanah perkuburan tersebut.
  • Mereka menanam mayat dibawah rumah kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia yang hidup diabad ke 2 sebelum masihi hingga 10 masihi.
  • Bukti penemuan gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka adalah orang Melayu. Manakala penemuan serpihan tembikar dan manik membuktikan mereka berhubung dengan dunia luar dan tinggal di pesisiran pantai.

1 comment:

Unknown said...

Salam, muiz rujuk laman web berkenaan yang mendakwa bangsa melayu dari keturunan Nabi Ibrahim..

Dah ok tapi perlukan lebih maklumat terutamanya dari kajian dari orang Islam...

Tahniah wat kumpulan kenegaraan kita 09/09/08 untuk tajuk "Ketuanan Melayu" hari ni...

Bangga jadi sebahagian dari kumpulan kita yang bersatu...

Wallahualam
Sharina Eriani Abdullah