Sunday, September 7, 2008

Pendidikan Bangsa Melayu



Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu


Negeri-negeri Selat


Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. beliau dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat Pada tahun 1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang.


Negeri-negeri Melayu Bersekutu


Nazir Sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid perempuan) pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid perempuan).


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja. Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada tahun 1903. Pada tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah.




No comments: