Monday, September 8, 2008

Asal Usul Bahasa Melayu




Asal – usul perkataan bahasa melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal usul melayu, seperti mana berikut:


  • Catatan orang cina menyatalkan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil peribumi kepada raja China sekitar 644 – 645Masihi
  • Ada yang mempercayai kerajaanMo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera daripada sebatang sungai yang deras aliran airnya iaitu Sungai Melayu.
  • Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Budha bernama I-Tsing yang menggunakan kata mo-lo-yu tentang dua kerajaan yang dilawati sekitar 675 Masihi.

  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksub berlari atau mengembara.hal ini boleh di padankan dengan orang Indon-Melayu(Austronesia) yang bergerak dari Yunan.
  • Bahasa melayu berasal dari rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa- bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia ,rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet - Cina.


No comments: