Monday, September 8, 2008

Asal Usul Bangsa Melayu

  • Dipercayai berasal daripada golongan Austonesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai “Melayu Proto”, berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai “Melayu Deutro”, berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi, keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Mereka menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
  • “Melayu” merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia.

  • Hasil kajian Prof. Datuk dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman menurut Perlembagaan, Orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
  • Penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak. Hasil kajian pertama menemui 11 rangka manusia pra sejarah dipercayai dikebumikan ditanah perkuburan tersebut.
  • Mereka menanam mayat dibawah rumah kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia yang hidup diabad ke 2 sebelum masihi hingga 10 masihi.
  • Bukti penemuan gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka adalah orang Melayu. Manakala penemuan serpihan tembikar dan manik membuktikan mereka berhubung dengan dunia luar dan tinggal di pesisiran pantai.

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal – usul perkataan bahasa melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal usul melayu, seperti mana berikut:

  • Catatan orang cina menyatalkan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil peribumi kepada raja China sekitar 644 – 645Masihi
  • Ada yang mempercayai kerajaanMo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera daripada sebatang sungai yang deras aliran airnya iaitu Sungai Melayu.
  • Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Budha bernama I-Tsing yang menggunakan kata mo-lo-yu tentang dua kerajaan yang dilawati sekitar 675 Masihi.

  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksub berlari atau mengembara.hal ini boleh di padankan dengan orang Indon-Melayu(Austronesia) yang bergerak dari Yunan.
  • Bahasa melayu berasal dari rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa- bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia ,rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet - Cina.

Sunday, September 7, 2008

Ekonomi

  • Dasar awal ekonomi Melayu. Kaum Melayu awal terbahagi kepada 2 iaitu orang biasa dan kerabat diraja.
  • Orang Melayu hanya bekerja sebagai petani, nelayan,pekebun dan peternak.
  • Orang Melayu dahulunya lebih tertumpu pada perkampungan perdalaman dan di persisiran sungai.
  • Kaum Melayu yang menjadi petani sawah menggunakan binatang peliharaan seperti kerbau untuk membajak tanah peralatan yang digunakan seperti kuku kambing
  • Kaum Melayu dahulu boleh dikatakan “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’
  • Bagi kaum Melayu yang menjadi nelayan lebih tertumpu kepada kaum melayu yang tinggal berdekatan muara sungai dan pantai.
  • Ekonomi kaum Melayu di pelbagaikan iaitu apabila pagi pergi kelaut manakala waktu petang membaiki jala dan mengeringkan ikan.
  • Bagi kaum Melayu yang menjadi penternak, pada awalnya hanyalah secara kecil-kecilan. Binatang ternakan yang awal dijalankan iaitu menternak lembu dan kambing.
  • Kaum Melayu masih mengamalkan asas ekonomi yang lebih tertumpu kepada pertanian, perternakan dan perladangan serta holtrikultur.
  • Ekonomi Melayu lebih di pelbagaikan tetapi masih tidak dapat menyaingi pedagang-pedagang cina yang lebih menguasai ekonomi dan perdagangan. Ini kerana orang Cina lebih ramai menjadi peniaga dan pemborong. Orang Melayu iai;ah pengeluar dan kurang ilmu peniagaan
  • Perniagaan pada zaman pertengahan mula rancak apabila Tanah Melayu menjadi pusat perdagangan dimana pedagang-pedagang berniaga di Tanah Melayu di Melaka.

Pendidikan Bangsa Melayu

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Pendidikan, khususnya yang berbentuk bukan formal, dipercayai telah berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama Islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Melayu pada abad keempat belas. Pedagang-pedagang Arab dan India yang beragama Islam yang datang ke kawasan Asia Tenggara telah menyebarkan agama Islam dan merupakan pelopor yang telah memulakan usaha-usaha pendidikan bukan formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok. Pengajian agama Islam biasanya diadakan di surau-surau dan di masjid-masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh golongan dewasa lelaki dan perempuan. Guru-guru terdiri daripada imam dan haji yang kadangkala berketurunan Sayid dan Sheikh.

PENDIDIKAN DALAM ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS (1800—1956)

Dasar laissez-faire Inggeris dalam bidang pendidikan telah mewujudkan 5 jenis persekolahan dalam zaman pemenintahannya. Jenis-jenis persekolahan itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah Inggenis dan Sekolah Agama Madrasah. Pewujudan 5 jenis persekolahan ini dalam sistem pendidikan dalam zaman pemerintahan Inggenis telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang, khususnya dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional. Pendidikan Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19. Sebelum itu, pendidikan Melayu umumnya berbentuk agama. Murid-murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang.

Pendidikan Bangsa Melayu

Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu

Negeri-negeri Selat

Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. beliau dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat Pada tahun 1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Nazir Sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid perempuan) pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid perempuan).

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja. Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada tahun 1903. Pada tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah.

Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu

Setiap penduduk di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama. Namun, bagi rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan ia telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Berkaitan dengan persetujuan tersebut maka lahirlah Fasal 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan. Menerusi Perlembagaan ini juga Fasal 152 meletakkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa rasmi serta kerajaan Persekutuan dan negeri berhak memelihara dan memartabat bahasa tersebut. Manakala Perkara 121 (1A) pula meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara serta kedudukannya jelas dan bidang kuasa Mahkamah Syariah diperakui.

Hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh diketepikan malah ia akan berkekalan sebagaimana yang telah terkandung dalam Perlembagaan. Persetujuan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang diperoleh berdasarkan kepada kerukunan di antara kaum termasuklah orang bukan Melayu.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila.

Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
  • Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.
  • Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

  • Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak kepada pelajar Melayu daripada pelajar bukan Melayu.
  • Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau permit tertentu bagi menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan."

AKU MILIK TUHANKU

Apakah pendirian hidupmu? Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yang sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu*

MUTIARA KATA

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Ketuanan Melayu

· Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .

· Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

· Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia)

· Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial.

· Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

· Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an.

· Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini.

· Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura.

· Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan.

· Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Kesimpulan.

Apa-Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Ia telah membawa suatu perjanjian yang di namakan Kontrak social.

Mengapa- Ketuanan Melayu ini wujud berpunca dari laporan Ried yang menunujukkan kajian yang dibuat mereka merangkumi semua aspek, suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dari Britain mengakui bahawa Melayu masih ketinggalan terutama dari aspek ekonomi kerana mereka tidak mendapat pendedahan.

“Kaum pendatang dari Cina menguasai ekonomi disebabkan mereka datang ke sini untuk berdagang, jadi mereka telah mendapat pendedahan awal dan mereka bersetuju dengan apa yang diamalkan sebelum ini supaya kaum pribumi terus diberi hak keistimewaan.

Siapa- Kontrak sosial ini ditandatangani oleh wakil tiga kaum terbesar dalam Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman mewakili kaum Melayu, Tun Tan Cheng Lock mewakili kaum China dan Tun Sambathan mewakili kaum India.

Kesimpulan